Hujan Asid

                                                 













𝓗𝓾𝓳𝓪𝓷 𝓐𝓼𝓲𝓭 




🎓KONSEP:
Hujan asid merujuk sejumlah hujan yang turun sebagai kerpasan dan mengandungi tahap keasidan yang tinggi, iaitu pH yang kurang daripada 5.Hujan ini akan terjadi apabila bahan pencemar seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida dilepas di udara dan bercampur dengan air hujan untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Pembebasan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen dioksida disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan.

🎓PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA HUJAN ASID:
1.Kejadian hujan asid boleh berpunca daripada aktiviti manusia ataupun berlaku secara semulajadi. Melalui kegiatan manusia, kegiatan industri yang dilakukan menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.

2.Kedua, pembakaran bahan api fosil adalah punca utama gas sulfur dioksida yang telah menyebabkan berlakunya pemendapan asid secara globalnya.Pembakaran bahan api fosil ini akan melepaskan gas nitrogen dalam bentuk oksida nitric ke atmosfera. Stesen jana kuasa yang menjalankan pembakaran api fosil seperti arang batu , petroleum dan gas asli sebagai bahan bakar. Pembakaran arang batu yang bermutu rendah akan menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.

3.Manakala apeleburan biji logam akan membebaskan kira-kira enam juta tan gas sulfur dioksida.  Peleburan terutamaya peleburan timah kuprum menghasilkan banyak sulfur dioksida kerana setiap tan kuprum yang dileburkan akan membebaskan sebanyak dua tan sulfur dioksida ke atmosfera. Gas ini kemudiannya bertindak balas dengan air hujan bagi membentuk hujan asid.

4.Keempat, aktiviti sistem pangangkutan juga merupakan salah satu penyumbang berlakunya hujan asid melalui pembebasan asap ekzos pada suhu tinggi di silinder kereta menyebabkan pembebasan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida.

1.Hujan asid jugaa berlaku secara semulajadi. Gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan karbon monoksida dibebaskan melalui letupan gunung berapi.

2.Kedua, penguraian bahan organik melalui aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitrat kepada nitrit dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu, penurunan sulfur seperti desulfovibrio yang menukarkan sulfat kepada nitrogen sulfida disebabkan oleh penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik.

3. Ketiga, kebakaran hutan secara semulajadi akibat cuaca terlalu panas iaitu kejadian el-nino mengakibatkan gas-gas pencemar seperti gas nitrogen terbebas.
Image result for forest fire
🎒Kebakaran Hutan
🎓KESAN-KESAN:
a)Menyebabkan penyakit asma.
b) Menyebabkan kanak-kanak dapat batuk, alergi dan selsema.
c) Gas sulfur dioksida merupakan agen kepada beberapa penyakit seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara.
d) Juga menyebabkan berlakunya penyakit kulit, kerosakan tisu badan manusia yang menggunakan bekalan air dari sungai, tasik dan empangan yang terdedah kepada hujan asid.
e) Menyebabkan kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid.Contohnya di Czechslosvakia, 70% daripada hutannya musnah disebabkan hujan asid ini.
f) Menyebabkan kandungan asid dan alkali menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah.
g) Menyebabkan organik tanah mati kerana nilai Ph yang kurang daripada 6, maka tanah ini tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya.
h) Menyebabkan kenderaan berkarat, cat bangunan menjadi luntur, zink rumah berkarat dan lain-lain.

🎓LANGKAH MENGURANGKAN KEJADIAN HUJAN ASID:
a) Tasik yang tercemar boleh dipulih melalui liming di mana batu kapur merupakan bahan utama dan diletakkan ke dalam air tasik yang berasid untuk dineutralkan.
b)Kilang-kilang patut mengehadkan pelepasan gas pencemar udara ke atmosfera dengan menggunakan bahan api yang rendah kandungan sulfur dan secara tidak langsung boleh mengurangkan gas sulfur dioksida.
c)Menggalakkan pemasangan pengubah bermangkin pada enjin kenderan, ini dapat mengurangkan gas nitrogen oksida sebanyak 90% di mana gas pencemar dapat diubah sebelum dilepaskan ke atmosfera. Ini bertujuan untuk mengurangkan gas karbon monoksida dan nitrogen oksida asap ekzos. Dari segi perundangan, boleh ditingkatkan lagi mengenai pengawalan pencemaran alam sekitar

Comments